Thursday, 26 April 2012

8 Teknik Shot Sunset / Sunrise


Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsi teknik-teknik shoot sunset yang aku dah pelajari & yang paling penting, setiap tips berikut aku guna pakai untuk setiap gambar sunset yang aku shot. Tak lebih, tak kurang, macam maggie secukup rasa 20x20 big smile 8 Teknik Shot Sunset / Sunrise
1. Tiba Awal Di Lokasi
Pastikan korang sampai awal sebelum langit menguning. Macam kat kuching ni sunset biasanya jam 6.20, so kena datang setengah jam awal, sebab masa ni la orang bersesak-sesak nak balik rumah.

2. Tripod
Aksesori wajib yang mesti ada kalau nak shoot sunset kerana kita menggunakan slow shutter speed(cth: 1/8, 1/10,1′)
3. ISO
Set iso ke mode yang paling rendah, biasanya 100 untuk mengelakkan noise.
4. Mode Manual
Biasanya aku gunakan mode manual. Aperture hendaklah F10 ke atas, biasanya aku akan guna aperture maksimum  mcm F22, lagi tinggi, lagi bagus sebab kita nak semua objek sharp. Pastikan exposure korang berada pada kurang daripada ’0′ supaya warna sunset/sunrise lebih menyerlah.
5. Manual Fokus
Gunakan manual fokus kerana amat sukar untuk auto fokus dalam keadaan gelap.
6. Cabel Release
Gunakan cable release atau remote. Kalau takda, gunakan timer supaya tidak berlaku gegaran pada kamera.
7. Shot, shot dan shot
Shot seberapa banyak gambar yang boleh kerana cahaya sunset akan berubah-ubah dengan kerap.

8. LiveView

Disebabkan kamera akan menghala terus ke matahari, penggunaan viewfinder amat tidak digalakkan (boleh menyebabkan buta), gunakan liveview yang ada pada kamera korang. Kalau tak ada lifeview, korang agak-agak je, lepas tu shoot beberapa gambar dan compose balik sampai korang berpuas hati.

Belajar Shooting

Panduan Memilih Exposure Mode


Exposure mode adalah di antara setting yang paling penting pada sesebuah kamera, membolehkan korang memilih setting yang sesuai dengan subjek/situasi yang nak korang shot. Mode-mode exposure yang biasa terdapat pada DSLR atau kamera kompak ialah:
  • Auto
  • P
  • A/Av (Canon)
  • S/Tv (Canon)
  • M
Selain mode-mode di atas, korang boleh perhatikan terdapat mode exposure yang ada icon-icon kecik (scene mode) yang mana aku takkan explain sebab tu semua mode automatik. Setiap exposure mode ada kegunaan nya tersendiri, mcm yang aku cakap tadi, bergantung kepada subjek atau situasi. Kalau korang baca kat web atau blog fotografi lain, memang boleh buat karangan, panjang berjela explanationnya. Tapi kat blog ni aku cuba ringkaskan supaya korang mudah faham. Dipendekkan cerita:

Auto
Kalau korang pakai DSLR, diharamkan pakai mode ni, kamera ribu-ribu tapi pakai auto, baik pakai compact je..hehe

P (Programmable)
Sama je macam auto, kamera akan set aperture dan shutter speed secara automatik, yang bezanya dalam mode ni, korang masih boleh ubah-ubah shutter speed dan aperture (dalam mode auto, korang tak dapat nak adjust apa-apa setting). Lepas korang shot, kamera akan adjust balik secara automatik setting korang tadi.

A/Av (Aperture Priority)

Korang boleh adjust aperture sesuka hati dan kamera akan sesuaikan shutter speed secara automatik. Sesuai untuk semua jenis situasi. Kalau shot potrait, kecikkan nilai F (cth: f1.8,f2.8) untuk dapat efek blur, untuk landskap, naikkan nilai F (f9, f10) supaya semua objek terfokus. Biasanya otai-otai pakai mode ni dalam kebanyakan shot diorang.

S/Tv (Shutter Priority)
Berlawanan dengan A mode, S mode membolehkan korang mengawal shutter speed dan aperture dikawal oleh kamera secara automatik. Biasan digunakan dalam sport photography dimana kita nak ‘freeeze’kan pergerakan.

M (Manual)

Dalam mode manual, korang boleh control kedua-dua shutter speed dan aperture.  Sesuai digunakan dalam keadaan cahaya yang constant atau tidak berubah-ubah, macam kat dalam studio. Kalau dah pakar tu, guna kat mana-mana pun boleh.
So lepas ni korang main-mainla dengan exposure mode, tengok mana yang korang rasa mudah nak kawal. Ada yang suka pakai A mode macam aku ni dan ada yang suka pakai manual terus. Kalau rasa artikel ni bagus, share-share la dengan kawan ye. Sharing is caring 20x20 big smile Panduan Memilih Exposure Mode

Bakal DiPasaran

D3200 DLSR terbaru dari Nikon untuk Entry-Level





 

Kepada korang yang tengah nak cari kamera baru, terutamanya kipas susah mati Nikon, ada berita baik untuk korang. Nikon baru sahaja melancarkan model terbaru iaitu Nikon D3200, pengganti kepada Nikon D3100.
Walaupun Nikon D3200 dikategorikan sebagai entry level DSLR, tapi fungsi yang ada pada D3200 boleh menyaingi DSLR semi pro yang ada di pasaran. Antaranya:
  • 24.2 Megapixel (6016 x 4000)
  • Full HD 1080/30
  • ISO 100 – 12800
  • 4 frame persecond
  • 3 inch LCD, Resolution 912000 dot
  • LiveView
Perkara yang agak menarik pada model D3200 ialah boleh menghantar terus gambar ke peranti android menggunakan WU-1a (wireless module). Pendek kata, D3200 boleh dikawal menggunakan sebarang peranti andoid. Untuk iOS setakat ni belum ada lagi. Jadi pengguna android dan iOS bolehla upload terus ke Instagram lepas snap dari D3200. 20x20 look down Nikon D3200 Untuk Beginner 



+ WU-1a (wireless module)

+ antaramuka mesra pengguna, sesuai untuk beginner
 
 
Harga untuk pasaran (body + kitlens 18-55mm) Malaysia belum diumumkan lagi, dalam USD sekitar $700. So maybe kat Malaysia harga dalam lingkungan Rm2200-Rm2500 dan bakal dilancarkan pada bulan Mei
Seperti Canon 1100d, Nikon D3200 boleh didapati dalam 2 warna iaitu hitam dan merah. Tapi saya sarankan belilah kaler hitam, terutama yang lelaki ye. Merah terlalu menonjol.

LenSa DLSR


Jenis-jenis lensa DLSR


Lens atau lensa merupakan aksesori terpenting pada sesebuah kamera. Kalau takda lens macam mana korang nak tangkap gambar. Lens menentukan kualiti gambar yang korang ambik, bukan kamera. Kalau korang beli dslr yang harganya mencecah RM10 ribu pun, tapi kalau lens tak berkualiti, gambar  atau imej yang dihasilkan oleh kamera pun akan jadi hampeh. Lens bertindak seperti mata, mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera melalui aperture. Terdapat banyak jenis lens di pasaran. Setiap jenis lens mempunyai keistimewaan tersendiri. Lens boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

Standard Lens


Standard lens atau kitlens biasanya dalam range 18-50mm (Canon, Nikon) dan 18-70mm (Sony, Minolta). Lens ni biasanya dipakejkan sekali dengan body dslr. Sesuai digunakan untuk apa-apa jenis event sama ada indoor atau outdoor. Nak shot landskap boleh, shot potrait pun boleh. Nasihat aku sebelum korang decide nak tambah koleksi lens, pastikan korang dah push kit lens sampai ke limitnya, maksud aku gunakan kitlens untuk apa juga keadaan. Bila korang rasa kitlens ni ada kekurangan, baru korang beli lens baru untuk cover kekurangan kitlens. Kalau main beli je sebab member kat sebelah ada banyak lens, baik tak payah sebab nanti korang tak tau bila nak guna lens yang sesuai ikut keadaan. Kan membazir.

Ultra/Wide Angle Lens


Wide angle lens biasa digunakan untuk shot landscape supaya dapat capture sudut yang lebih luas. Selalu digunakan dalam wedding photography supaya gambar pengantin dan latar belakang lebih menonjol. Contoh wide angle lens seperti sigmga 10-20mm, Tamron 10-24mm dan banyak lagi, korang search je kat google. Wide Angle Lens kadang2 dipanggil Ultra Wide Lens atau UWA. Harga lens ni lebih mahal berbanding kitlens, sekitar RM1800 ke atas.

Telephoto / Zoom Lens


Masa tengok Piala Dunia perasan tak kat tepi-tepi padang  photographer2 dengan lens yang macam bazooka tu. Itu dipanggil zoom/telephoto lens.Telephoto lens ada banyak jenis. Bagi yang kurang bajet, boleh beli lens macam Sigma 75-300mm, Sony 55-200mm dan Tamron 75-300mm. Kalau rasa banyak duit, dialu2kan beli lens putih yang macam bazooka tu, paling murah pun RM5500..hehe..ada berani?
Zoom lens biasa digunakan dalam sport/action photography macam bola sepak, supaya pemain bola tu nampak jelas dan besar. Lagi satu boleh jugak korang  guna untuk shoot potrait untuk mendapatkan bokeh yang lawa.

Macro Lens


Macro lens direka khas untuk ambik gambar yang korang perlu close up habis-habisan. Contohnya kalau korang nak ambik gambar lalat dan nak lalat tu nampak besar dan jelas, korang kena guna macro lens. Kelebihan macro lens ni dari lens lain ialah Minimun Focus Distance (MFD). Untuk lens-lens biasa, korang tak boleh letak lens dan objek terlalu rapat sebab lens takkan boleh fokus pada objek. Try kalau tak percaya. Contoh lens macro yang popular ialah Sigma 90mm. Harga dalam lingkungan RM1000.

Prime Lens


Tiada kaitan dengan Optimus Prime, prime lens juga dikenali sebagai fix lens sebab lens jenis ni korang tak boleh nak zoom in dan zoom out. Tapi kualiti gambar prime lens sangat baik berbanding lens-lens lain. Sesuai untuk potrait sebab prime lens menghasilkan bokeh yang amat lawa. Prime lens jugak mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga F1.4, so korang boleh shot dalam keadaan yang gelap, tak payah pakai flash. Ada banyak jenis dan range prime lens, yang paling popular ialah 50mm F1.8. Korang boleh beli prime lens dengan harga yang murah bermula dari RM350 untuk 50mm.

Fisheye Lens


Sebenarnya fisheye lens tergolong dalam Ultra/Wide Angle Lens. Cuma yang membezakan ialah efek melengkung yang dihasilkan oleh lens ni. Biasanya photographer guna untuk shot landskap dan shot2 kreatif. Contoh lens fisheye ialah Samyang 8mm dan bayak lagi. Korang search kat google, kalau nak contoh gambar boleh pegi kat flickr dah search 8mm fisheye. Harga fisheye dalam bermula dari RM1ooo.

Ada satu lagi jenis lens iaitu Lensbaby. Tapi sebab tak ramai yang guna lens tu, so tak payahlah aku nak explain. So kalau berhasrat nak tambah koleksi lens, biarlah bersebab, jangan sebab ikut kawan. Kalau ada lens banyak pun tapi tak tau nak guna, baik tak payah. Lagipun korang tak perlu beli semua lens, beli ikut style shooting korang. Kalau more to landskap, ambik fisheye atau UWA. Suka ambik potrait, prime lens amat digalakkan, lagipun harga sangat murah dan kualiti gambar sangat bagus. Kalau suka skodeng anak dara orang, beli telephoto, hehe..

Thursday, 5 April 2012

Sejarah Nikon




Nikon ialah singkatan bagi Nikon Corporation atau Nikon Corp. Nikon merupakan syarikat Jepun yang mengkhususkan pengeluaran kamera, binokular, mikroskop, alat pengukuran , alatan semikonduktur dan fotolitografi. Ia diasaskan pada 1917 dengan nama Nippon Kogaku Kogyo (Industri Optikal Jepun). Kemudian nama itu ditukar kepada Nikon Corp pada 1988. Nikon merupakan sebahagian dari syarikat konglomerat Mitsubishi Group.

Nama Nikon muncul sejak 1946 iaitu gabungan Nippon kogaku dengan Zeiss Ikon. Lensa kamera Nikkor dikeluarkan untuk kamera SLR (Single Lens Reflect). Nikonos pula ialah kamera yang digunakan dalam air. Siri kamera Nikon F ialah kamera profesional menggunakan filem 135 SLR. Kamera Nikon siri D merujuk kepada kamera Nikon Digital SLR. Nikon telah berjaya meningkatkan mutu kamera dalam fotografi digital untuk pengguna dan pengguna profesional.

Nikon Corporation diasaskan pada 1917 di Jepun iaitu selepas Perang Dunia 1. Selepas 60 tahun beroperasi, Nikon mempunyai 19 kilang dan 23,000 pekerja dengan mengeluarkan kamera, optik, teropong, mikroskop dan lain-lain. Mulanya dikeluarkan untuk kegunaan tentera Jepun. Pada 1948, kamera jenama Nikon mula dikeluarkan dan dipopularkan oleh fotojurnalis Amerika bernama Douglas David Duncan semasa Perang Korea. Kamera Nikon mulanya menggunakan lensa Leica. Nikon juga terkenal dalam pengeluaran peralatan fotolithografi.





Antara kamera yang terawal keluaran nikon :


Nikon F



Nikon SP