Jenis-jenis
lensa DLSR
Lens atau lensa merupakan aksesori terpenting pada sesebuah
kamera. Kalau takda lens macam mana korang nak tangkap gambar. Lens menentukan kualiti
gambar yang korang ambik, bukan kamera. Kalau korang beli dslr yang harganya
mencecah RM10 ribu pun, tapi kalau lens tak berkualiti, gambar atau imej
yang dihasilkan oleh kamera pun akan jadi hampeh. Lens bertindak seperti mata,
mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera melalui aperture. Terdapat banyak
jenis lens di pasaran. Setiap jenis lens mempunyai keistimewaan tersendiri.
Lens boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
Standard Lens
Standard lens atau kitlens biasanya dalam range 18-50mm
(Canon, Nikon) dan 18-70mm (Sony, Minolta). Lens ni biasanya dipakejkan sekali
dengan body dslr. Sesuai digunakan untuk apa-apa jenis event sama ada indoor
atau outdoor. Nak shot landskap boleh, shot potrait pun boleh. Nasihat aku
sebelum korang decide nak tambah koleksi lens, pastikan korang dah push kit
lens sampai ke limitnya, maksud aku gunakan kitlens untuk apa juga keadaan.
Bila korang rasa kitlens ni ada kekurangan, baru korang beli lens baru untuk
cover kekurangan kitlens. Kalau main beli je sebab member kat sebelah ada
banyak lens, baik tak payah sebab nanti korang tak tau bila nak guna lens yang
sesuai ikut keadaan. Kan membazir.
Ultra/Wide Angle Lens
Wide angle lens biasa digunakan untuk shot landscape supaya
dapat capture sudut yang lebih luas. Selalu digunakan dalam wedding photography
supaya gambar pengantin dan latar belakang lebih menonjol. Contoh wide angle
lens seperti sigmga 10-20mm, Tamron 10-24mm dan banyak lagi, korang search je
kat google. Wide Angle Lens kadang2 dipanggil Ultra Wide Lens atau UWA. Harga
lens ni lebih mahal berbanding kitlens, sekitar RM1800 ke atas.
Telephoto / Zoom Lens
Masa tengok Piala Dunia perasan tak kat tepi-tepi
padang photographer2 dengan lens yang macam bazooka tu. Itu dipanggil
zoom/telephoto lens.Telephoto lens ada banyak jenis. Bagi yang kurang bajet,
boleh beli lens macam Sigma 75-300mm, Sony 55-200mm dan Tamron 75-300mm. Kalau
rasa banyak duit, dialu2kan beli lens putih yang macam bazooka tu, paling murah
pun RM5500..hehe..ada berani?
Zoom lens biasa digunakan dalam sport/action photography
macam bola sepak, supaya pemain bola tu nampak jelas dan besar. Lagi satu boleh
jugak korang guna untuk shoot potrait untuk mendapatkan bokeh yang lawa.
Macro Lens
Macro lens direka khas untuk ambik gambar yang korang perlu
close up habis-habisan. Contohnya kalau korang nak ambik gambar lalat dan nak
lalat tu nampak besar dan jelas, korang kena guna macro lens. Kelebihan macro
lens ni dari lens lain ialah Minimun Focus Distance (MFD). Untuk lens-lens
biasa, korang tak boleh letak lens dan objek terlalu rapat sebab lens takkan
boleh fokus pada objek. Try kalau tak percaya. Contoh lens macro yang popular
ialah Sigma 90mm. Harga dalam lingkungan RM1000.
Prime Lens
Tiada kaitan dengan Optimus Prime, prime lens juga dikenali
sebagai fix lens sebab lens jenis ni korang tak boleh nak zoom in dan zoom out.
Tapi kualiti gambar prime lens sangat baik berbanding lens-lens lain. Sesuai
untuk potrait sebab prime lens menghasilkan bokeh yang amat lawa. Prime lens
jugak mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga F1.4, so korang boleh shot
dalam keadaan yang gelap, tak payah pakai flash. Ada banyak jenis dan range
prime lens, yang paling popular ialah 50mm F1.8. Korang boleh beli prime lens
dengan harga yang murah bermula dari RM350 untuk 50mm.
Fisheye Lens
Sebenarnya fisheye lens tergolong dalam Ultra/Wide Angle
Lens. Cuma yang membezakan ialah efek melengkung yang dihasilkan oleh lens ni.
Biasanya photographer guna untuk shot landskap dan shot2 kreatif. Contoh lens
fisheye ialah Samyang 8mm dan bayak lagi. Korang search kat google, kalau nak
contoh gambar boleh pegi kat flickr dah search 8mm fisheye. Harga fisheye dalam
bermula dari RM1ooo.






No comments:
Post a Comment