Thursday, 26 April 2012

Bakal DiPasaran

D3200 DLSR terbaru dari Nikon untuk Entry-Level





 

Kepada korang yang tengah nak cari kamera baru, terutamanya kipas susah mati Nikon, ada berita baik untuk korang. Nikon baru sahaja melancarkan model terbaru iaitu Nikon D3200, pengganti kepada Nikon D3100.
Walaupun Nikon D3200 dikategorikan sebagai entry level DSLR, tapi fungsi yang ada pada D3200 boleh menyaingi DSLR semi pro yang ada di pasaran. Antaranya:
  • 24.2 Megapixel (6016 x 4000)
  • Full HD 1080/30
  • ISO 100 – 12800
  • 4 frame persecond
  • 3 inch LCD, Resolution 912000 dot
  • LiveView
Perkara yang agak menarik pada model D3200 ialah boleh menghantar terus gambar ke peranti android menggunakan WU-1a (wireless module). Pendek kata, D3200 boleh dikawal menggunakan sebarang peranti andoid. Untuk iOS setakat ni belum ada lagi. Jadi pengguna android dan iOS bolehla upload terus ke Instagram lepas snap dari D3200. 20x20 look down Nikon D3200 Untuk Beginner 



+ WU-1a (wireless module)

+ antaramuka mesra pengguna, sesuai untuk beginner
 
 
Harga untuk pasaran (body + kitlens 18-55mm) Malaysia belum diumumkan lagi, dalam USD sekitar $700. So maybe kat Malaysia harga dalam lingkungan Rm2200-Rm2500 dan bakal dilancarkan pada bulan Mei
Seperti Canon 1100d, Nikon D3200 boleh didapati dalam 2 warna iaitu hitam dan merah. Tapi saya sarankan belilah kaler hitam, terutama yang lelaki ye. Merah terlalu menonjol.

1 comment:

  1. Assalam saudara tuan punya blog,sy merupakan salah seorang beginner dalam bidang fotografi..Saya juga menggunakan kamera Nikon D3200 tp xpnh tau pulak pasal wireless module tu hee,mmg benda tu kena beli asing ke?sebab mase sy beli hrtu xde pulak kedai Nikon kat times square tu bg..Hope saudara boleh jawab thanks :)

    ReplyDelete